Christoph_Willibald_Gluck
Christoph_Willibald_Gluck

Christoph_Willibald_Gluck

Christoph Willibald Ritter von Gluck (Julai 2, 1714 di Erasbach, Jerman – November 15, 1787 di Vienna) adalah seorang penggubah abad ke-18 yang amat dikenali untuk karya-karya opera beliau.Antara karya-karya radikal beliau termasuklah Orfeo ed Euridice dan Alceste yang menggugat kekuatan opera seria Metastasio yang amat terkenal pada zaman itu. Pengaruh kuat dari opera Perancis mendorong Gluck untuk berpindah ke Paris pada November 1773. Beliau menggubah karya – karya baru beliau dengan menggabungkan tradisi opera Itali dan Perancis untuk menghasilkan banyak operaopera terkenal. Salah satu daripadanya adaah Iphigénie en Tauride yang mendapat sambutan hangat dan dianggap sebagai karya beliau yang terbaik.Walaupun beliau telah menjadi amat terkenal dan banyak diberi pujian kerana bertanggungjawab membawa revolusi di dalam opera Perancis, namun kejayaan Gluck bukanlah kejayaan yang mutlak. Setelah menerima sambutan dingin untuk opera Echo et Narcisse, beliau meninggalkan Paris dengan perasaan yang amat terhina dan kembali ke Vienna dan menetap di situ sehingga ke akhir hayat beliau.