Penerbitan Cik_Serba_Tahu

Cik Serba Tahu ialah drama kedua arahan Suhaimi selepas Imam MudaKu Romantik. Pengarahnya juga memberitahu drama ini agak sukar dihasilkan memandangkan jalan cerita dari novelnya yang agak pendek untuk disesuaikan dengan drama berepisod, sehingga mengambil masa hampir dua bulan bagi menyiapkan skripnya.[1] Namun, beliau sangat berpuas hati dengan pelakon utamanya, Remy Ishak yang membawa watak sebagai Carl Adham.[1]

Menurut Zarul, walaupun ini ialah lakonannya yang kedua,[2] dan penampilan sulungnya dalam drama berepisod panjang,[3] namun dia telah berjaya mendapat pujian banyak pihak.[2] Beliau juga mengakui dunia lakonan lebih mencabar berbanding nyanyian.[3] Begitu juga Syazuwan yang menganggap watak Ridzuan sebagai lelaki psiko yang dipegangnya adalah sangat "memenatkan".[4]

Sari Yanti membawakan watak utama sebagai Aerna bagi menggantikan Mira Filzah yang menarik diri pada saat-saat akhir,[1] disebabkan jadual penggambarannya yang bertindan dengan beberapa program lain.[5]

Penggambaran drama ini dijalankan bermula Januari sehingga Februari 2017 di sekitar Kuala Lumpur.[6]

Rujukan

WikiPedia: Cik_Serba_Tahu http://www.kelimerah.com/2017/01/drama-cik-serba-t... http://utaranews.com/2017/01/zarul-umbrella-serono... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.utusan.com.my/hiburan/zarul-tak-serik-b... http://www.layandrama.org/category/cik-serba-tahu https://www.goodreads.com/book/show/26018703-cik-s... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.hmetro.com.my/node/213816