Sinopsis Cindai_(drama)

Kisah tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi gangguan bipolar bernama Cindai, dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh di tumpang. Namun disisinya sentiasa ditemani dan dijaga oleh seorang insan bernama Amir. Amir setia bersama Cindai dan sentiasa berada di sisi Cindai di saat susah dan senang.

Cindai Reihana membesar di rumah anak yatim setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia juga mempunyai kecacatan di mata yang menyebabkan dirinya sering disisihkan dan dibuli oleh rakan-rakan. Cindai membesar menjadi seorang pemberontak. Sehinggalah dia berjumpa dengan Iskandar, satu-satunya insan yang melayannya dengan baik. Dia mula jatuh hati. Namun, Cindai kecewa apabila mendapat tahu Iskandar sudah berkahwin. Dia kemudiannya tekad hendak memisahkan Iskandar dan Yasmin agar dia dapat memiliki cinta Iskandar.