Sinopsis Cinta_11_Syarat

mengisahkan tentang seorang gadis bernama Rasya yang merupakan seorang pelajar tahun akhir. Rasya tidak pernah bercinta kerana itu merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh ayahnya. Namun terjadinya satu tragedi bila kesucian Rasya diragut oleh seseorang yang sangat dipercayainya. Lebih merumitkan keadaan bila Rasya mengandung akibat insiden hitam itu dan orang kampung mula mengata tentangnya.

Haziq merupakan seorang lelaki yang sering berbuat dajal di kampung. Kerjayanya di kota pula sering membuatkan dirinya dihimpit oleh perempuan-perempuan yang bebas pergaulan. Tiba-tiba Haziq melamar Rasya. Motif lamaran Haziq mula menjadi persoalan, bukan sahaja sebab keadaan Rasya yang berbadan dua tetapi juga Haziq yang hampir dua kali membunuh Rasya dulu.

Biarpun tiada persetujuan dari ibu Haziq, perkahwinan Rasya dan Haziq tetap diteruskan dalam suasana yang meriah. Rasya sekadar akur biarpun dia benci berkahwin dengan lelaki yang hampir membunuhnya. Perasaan Rasya berbelah bahagi antara rasa takut, sakit hati dan terhutang budi pada Haziq yang sudi menjadikannya isteri walaupun sedang berbadan dua.

Rasya membuat keputusan untuk menghabiskan satu lagi semester yang tinggal tetapi dia perlu akur dengan 11 syarat yang diletakkan oleh Haziq. Syarat-syarat tersebut nampak remeh tetapi hidup Rasya seolah kucar kacir akibat syarat-syarat tersebut. Haziq pula bertambah ceria melihat keletah Rasya melaksanakan syarat-syaratnya itu.

Syahrie berasa tidak tenteram melihat penerimaan Rasya terhadap Haziq. Syahrie yakin bahawa Haziq mempunyai niat tidak baik kepada Rasya. Syahrie nekad mendapatkan Rasya, lebih-lebih lagi setelah dia mendapat tahu bahawa Rasya mengandungkan anaknya hasil dari insiden yang tidak disengajakan.