Sinopsis Cinta_Hati_Abah

Kisah seorang nelayan,Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri,dikurniakan tiga cahaya mata,kesemuanya anak perempuan.

Anak yang sulung,Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar & mempunyai masa depan yang cerah,juga menjadi harapan Pak Salleh,melihat Baizura ke menara gading.Walaupun Baizura pelajar pintar,namun dia agak materialistik,bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz),anak kepada Tauke Keropok,En.Jalil (Razak Ahmad) & Che Gayah (Laila Nasir).

Anak kedua Pak Salleh,Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang & amat sayangkan ayahnya,serta adiknya,Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya.

Anak bongsu Pak Salleh,Zaharah,di bawa oleh Zaharah (kecil Nor Zara Sophia) dan Zaharah (dewasa lakonan Sweet Farhana) juga anak yang pintar & cemerlang,hingga dapat menyambung pengajian ke luar negara.

Maimon (Nor Albaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan).Seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh.

Intan juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan),anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne),yang sering mengambil berat tentang Intan.

Diselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En.Jalil & Che Gayah yang memberi impak dalam kisah ini.

Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan,mempunyai anak lelaki yang lurus bendul,Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan & menjaga Zaharah.