Sinopsis Cinta_Tiada_Restu

Irda yang mewarisi bakat seni daripada ayahnya Pak Haron telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, pujukan Kathy sepupu kepada Irda berjaya menyelesaikan kesulitan itu. Di Kuala Lumpur, Irda terpaksa turun naik syarikat rakaman hingga hampir dirogol. Impiannya hampir menjadi kenyataan setelah bertemu Ilham, komposer terkenal yang percaya dengan bakat Irda dan bercadang untuk muncul berduet dengannya. Perkenalan tersebut membuahkan bibit cinta di hati pasangan ini. Tetapi hubungan dan cinta mereka menjadi rumit apabila tidak mendapat restu orang tua Irda, lebih-lebih lagi ibu Irda, Mak Lijah yang cukup anti dengan insan seni.