Circuit_of_the_Americas

Circuit of the Americas (sering dipendekkan kepada COTA) ialah sebuah litar perlumbaan yang berukuran 3,427-batu (5,515 km), yang terletak di Travis County, Texas, berhampiran Austin. Litar ini menjadi tuan rumah untuk Grand Prix Amerika Syarikat pada November 18, 2012, iaitu merupakan pusingan kedua terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2012.[1]Litar dan Grand Prix ini telah ditunda pada pertengahan tahun 2010. Litar ini akan menjadi litar yang pertama di Amerika Syarikat untuk tujuan perlumbaan Formula Satu. Susun atur litar telah diilhamkan oleh penganjur, Tavo Hellmund dan Juara Dunia Motorsikal tahun 1993, Kevin Schwantz,[2] dengan bantuan arkitek Jerman dan pereka litar, Hermann Tilke, yang juga telah mereka Sepang, Shanghai, Yas Marina, Istanbul, Bahrain, Yeongam, dan Buddh, serta sebagai diinspirasikan dari Hockenheimring dan Fuji Speedway.