Watak-watak Claymore_(manga)

Clare (クレア, Kurea)Clare (anime)Disuarakan oleh: Houko KuwashimaClare (クレア Kurea) merupakan protagonis siri ini. Dia merupakan seorang Claymore, bersifat menyendiri dan agak senyap. Selepas salah satu misinya, Clare ditemani seorang budak lelaki bernama Raki, yang telah dibuang keluar daripada pekannya. Raki secara perlahan-lahan berjaya melepasi belenggu kesepian Clare dan mereka kelihatan membina suatu hubungan persaudaraan.
Raki (ラキ, Raki)Raki (anime)Disuarakan oleh: Motoki TakagiRaki (ラキ Raki) merupakan seorang budak lelaki yatim piatu; ibu bapanya dibunuh oleh seorang Yoma. Yoma ini dibunuh oleh Clare, tetapi Raki yang dikhuatiri menyamar sebagai Yoma, juga telah dibuang keluar oleh pekannya. Clare pada awalnya menawarkan pertolongan sehingga mereka sampai di pekan seterusnya, namun akhirnya mereka mengembara dan menyambung perjalanan mereka bersama-sama.
Teresa (テレサ, Teresa)Teresa (anime)Disuarakan oleh: Romi PakuTeresa (テレサ Teresa) merupakan Claymore yang paling handal dalam generasinya. Dia dengan mudahnya membunuh musuh-musuhnya sambil mengukirkan senyuman yang sayup di bibir, maka dia dikenali sebagai Teresa of the Faint Smile (Teresa Bersenyuman Sayup).Sebagai seorang Claymore, Teresa merupakan seorang pembunuh yang kejam, tidak mengendahkan orang lain, dan hanya menolong orang kampung kerana dia diarahkan berbuat demikian, pada masa yang sama menikmati ketakutan mereka disekelilingnya. Tetapi kemudiannya Teresa menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang telah disimpan sebagai tahanan dan alat mainan bagi seorang Yoma, dan kanak-kanak itu berazam tidak akan meninggalkan sisinya terlalu awal.
Priscilla (プリシラ, Purishira)Priscilla (anime)Disuarakan oleh: Aya HisakawaSeorang Claymore pada zaman Teresa, Priscilla segera dinaikkan kedudukannya ke #2. Priscilla telah dihantar dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang Claymore untuk membunuh Teresa sebagai hukuman melanggar peraturan organisasinya. Kejadian ini akhirnya telah mengakibatkan pembangkitan Priscilla, diikuti dengan pembunuhan Teresa dan kumpulannya sendiri. Priscilla merupakan punca utama Clare menjadi seorang Claymore.