Cleopatra

Cleopatra Ptolemy VII (Tulisan Jawi: كليوڤترا; atau Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator -Кλеопатра — Januari 69 SM12 Ogos 30 SM) dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (atau Marc Antony). Legendanya diturunkan melalui mitos-mitos, buku-buku, novel-novel malah filem-filem. Keperibadiannya yang berbeza, daya penarikan yang unik dan bercita-cita serta berwawasan jauh menjadikannya ratu berani yang hampir menakluki seluruh dunia. Kehidupannya ibarat sebuah teka-teki yang mengagumkan. Walau bagaimanapun, di sebalik mitos, terdapat satu keperibadian yang menakjubkan, iaitu baginda mengimpikan sebuah empayar dunia, ratu kepada dunia. Baginda menjadi ratu kepada sebuah negara yang hampir sama usia dengan tamadun itu sendiri. Piramid Firaun itu adalah purba baginya sepertimana purbanya Cleopatra kepada zaman moden.40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat Empayar Rom yang sedang meningkat kuasa malah lebih mengancam daripada kuasa lain di dunia. Kerana itu, sesetengahnya mengatakan baginda bermisteri dan mengagumkan.Untuk mengenali Cleopatra, propaganda Rom dan Yunani harus dijauhi malah bukti dari Mesir purba adalah penting.[petikan diperlukan] Hal ini disebabkan baginda dikhianati malah diboikot musuhnya, iaitu yang dari Yunani dan Rom. Melalui mitos yang disebarkan, Cleopatra digambarkan sebagai wanita muda yang suka berfoya-foya tetapi bukti dari Mesir menunjukkan sebaliknya.