Colmar_Tropicale
Colmar_Tropicale

Colmar_Tropicale

Colmar Tropical Berjaya Hills ialah resort penginapan bersejarah di Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Ia adalah resort yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan asli Colmar dari kurun ke-12 terletak di Alsace, Perancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan pelancong seolah-olah berada di luar negara. Tidak hairanlah tempat menarik di Bukit Tinggi ini menjadi destinasi yang paling mendapat tumpuan pelancong.Ia terletak 2,600 kaki (790 m) diatas paras laut yang dikelilingi sekitar 80 ekar (320,000 m2) hutan belantara asli. Tempat ini dibangunkan mengikut rekabentuk bangunan, susun-atur dan suasana perkampungan sebenar di Colmar, Perancis. Namun senibina nya diterapkan beberapa elemen perkampungan seperti di Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg. Keunikan ini pasti mengagumkan hati sesiapa sahaja yang pertama kali berkunjung ke Colmar Tropicale Berjaya Hills ini.
Walaupun tidak menginap di sini, pengunjung boleh melawat, menjamu selera, mengikuti aktiviti dan persembahan serta bergambar di lokasi menarik sebagai kenangkenangan. Antara yang menarik disini ialah:Persembahan pentas turut dipelbagaikan dengan aneka jenis tarian termasuk tarian Perancis. Waktu persembahan adalah seperti berikut:
Menjamu selera di restoran yang sangat menarik.