Sejarah Colt_M4

Raifal Colt M4A1 tanpa kelengkapan sokongan.

Selain daripada penerimaan pertama yang dihantar, karbin M4 dan M4A1 milik seluruh pasukan tentera Amerika telah memiliki kelengkapan khas landasan M1913 NATO (Picatinny) yang dipasang pada bahagian atas senjata (bahagian yang dipasang tangkai pemegang atau flat-top) yang boleh dipasang dengan pejera optik dan pelbagai jenis sistem pejera yang lain, misalnya Trijicon TA11 dan TA31 Advanced Combat Optical Gunsights (ACOG) serta Aimpoint M68 Close Combat Optic (M68 CCO) bergantung kepada pilihan pengguna M4, dan landasan Picatinny juga turut dipasang pada pengadang tangan bagi memudahkan peralatan sokongan tambahan dipasang pada karbin tersebut. Nombor model yang digunakan oleh infantri Amerika ini ialah Model 920 (M4) dan Model 921 (M4A1).

M4/M4A1

Jumlah besar model bagi M4 turut mempunyai sistem kekunci selamat "S-1-3" (S; Safe, 1; Semi Automatic, 3; 3 rounds burst(kuasa 3 tembakan semburan)), sementara M4A1 mempunyai sistem kekunci "S-1-F" (S; Safe, 1; Semi-Automatic, F; Fully-Automatic) berbanding dengan sistem kekunci bagi M16 - Safe, Semi dan Auto.

M4 MWS (Modular Weapon System)

Karbin M4 MWS (Modular Weapon System) diceraikan dengan pelbagai alatan sokongan tempur seperti M203, pemegang hadapan RIS, pemegang/pejera mudah tanggal, pejera laser AN/PEQ-2, dan pejera optik pilihan.

Karbin M4 telah diuji keseuaiannya dengan RAS buatan Knight's Armament Corporation (KAC) diberinama M4E2, tetapi rekabentuk ini boleh dipasang didalam sistem ini pada M4 tanpa mengubah rekabentuk yang sedia ada. Pihak persenjataan M4 Amerika telah membatalkan sistem senjata RAS (Rail Accessory System) dan menukarkannya kepada M4 MWS atau Modular Weapon System.

M4A1

Karbin M4A1 daripada salah satu daripada pelbagai siri senjata M4 merupakan senjata yang paling banyak digunakan dalam operasi-oprasi khas. Kebanyakannya senjata ini digunakan oleh pelbagai pasukan elit Amerika Syarikat sendiri seperti Delta Force, U.S. Navy SEALs, U.S. Army Rangers, dan U.S. Marine Corps' Radio Reconnaissance Platoons serta Force Reconnaissance. M4A1 ini paling banyak digunakan oleh pasukan khas dan unit anti pengganas bagi pertempuran jarak jauh kerana karbin ini adalah paling kompak dan mempunyai sistem tembakan semburan yang amat jitu. Selain itu ia juga sesuai dalam pertempuran didalam bandar. Senjata ini mempunyai perbezaan tembakan jarak jauh sepertimana senjata M16, para penganalisis ketenteraan berpendapat bahawa tidak perlu menggunakan senjata ini untuk menembak sasaran sejauh 300 meter ke atas. Jarak efektif bagi karbin ini amat sesuai pada jarak sejauh 150 meter, manakala jarak sampai peluru adalah 400 hingga 600 meter sesaat.

Pada akhir tahun kemudian, M4A1 telah dicipta atau dikeluarkan terus daripada kilang dengan larasnya berserta pemegang khas yang dipasangkan pada pengadang tangan. Ini adalah salah satu cara mengurangkan masalah berkaitan dengan senjata tersebut terutamanya kepanasan akibat penggunaan tembakan semburan dan ketepatan sebagai salah satu produk kepada laras yang berat. Laras senjata yang berat turut digabungkan dengan buffer dikenali sebagai H2. Karbin ini, dikenali oleh Colt sebagai Model 921HB (untuk Heavy Barrel), juga menjadi nadi pengeluaran M4A1.

SOPMOD Block I

Peralatan SOPMOD (Special Operations Peculiar Modification) Block I

USSOCOM telah merekacipta satu peralatan sokongan tempur yang dikenali sebagai Sistem Pengubahsuaian Khas Operasi Khas atau Special Operations Peculiar Modification (SOPMOD) Block I bagi karbin yang digunakan oleh mana-mana unit yang diletakkan dibawah seliaannya. Peralatan bagi karbin M4A1 iaitu pengadang tangan Rail Interface System (RIS) direkacipta oleh Knight's Armament Company, Pelancar grenad M203 berlaras pendek berserta pejera khasnya tersendiri, alat pelenyap bunyi buatan KAC, pejera belakang buatan KAC, pejera laser/inframerah AN/PEQ-2A buatan Insight Technologi, bersama dengan ACOG buatan Trijicon dan pejera refleks, serta pejera pandang malam. Peralatan ini telah direka khusus untuk pelbagai misi dan operasi, dan peralatan tersebut telah digunakan oleh semua unit-unit khas (termasuk kesemua angkatan tentera telah menukarkannya kepada versi pejera refleks buatan Trijicon untuk pejera titik merah jenis Aimpoint CompM2 dan pejera holografik EOTech).

SOPMOD Block II

Peralatan bagi SOPMOD versi ke-2 (dikenali sebagai SOPMOD II) telah dicipta, dengan beberapa buah syarikat yang bersaing untuk mendapatkan kontrak bagi peralatan tersebut. Beberapa syarikat terkenal terdiri daripada Knight's Armament Company, Atlantic Research Marketing Systems (ARMS), dan Lewis Machine & Tools. Daniel Defense telah memenangi kontrak untuk sistem RIS-II, sebuah sistem landasan Picatinny generasi baru untuk pengadang tangan senjata tersebut.