Combro
Combro

Combro

Combro adalah makanan goreng khas dari tatar Parahyangan di wilayah Jawa Barat (kecuali Cirebon, Depok dan Bekasi). Combro adalah salah satu dari banyak makanan Sunda yang diberi nama singkatan dari ramuannya. Combro bermaksud on com on je ro (oncom inside). Combro memang dibuat dari ubi kayu parut yang berbentuk bulat atau bujur dan diisi dengan sos oncom atau cili kemudian digoreng. Ada yang berpendapat bahawa combro adalah bentuk penyesuaian dari makanan khas Belanda, bitterballen. Bentuk combro biasanya adalah bujur atau bulatan.[1].