Conducător

Conducător (secara harfiah dalam Bahasa Romania, ialah "Pemimpin") adalah gelaran yang digunakan secara rasmi dalam dua keadaan oleh ahli politik Romania, dan lebih awal oleh Raja Carol II.Perkataan ini berasal daripada kata kerja Romania iaitu a conduce, dari Bahasa Latin ducere ("memimpin"), seasal dengan gelaran seperti dux, duke, duce dan doge. Dalam bahasa Inggeris ia lebih tepat bermaksud conductor atau "pembimbing". Maksudnya juga sama dengan gelaran lain, seperti Führer di Jerman Nazi[1] dan caudillo di Sepanyol.Ia pertama kali digunakan sebagai satu gelaran sampingan oleh Raja Carol II semasa tahun terakhir rejim Barisan Renaissance Nasional,[2] dan kemudian digunakan oleh Marsyal Ion Antonescu apabila beliau mula memegang kuasa diktator selepas 14 September 1940.[3] Secara nominal, Antonescu adalah Perdana Menteri dan peranan ketua negara telah diisi oleh Raja Michael, tetapi seluruh kuasa sebenar terletak pada Antonescu.[4] Menurut sejarawan Adrian Cioroianu, melalui penggunaan istilah tersebut, tujuan Antonescu ialah menyerlahkan hubungan dengan Jerman, dan selepas kejatuhan Pengawal Besi dari kerajaan kongsian (iaitu Negara Legionari Nasional), untuk rejim peribadinya sendiri.[2]