Legasi Confucius

Peringatan

Tokong yang pertama dikhusukan untuk beliau di Malaysia terletak di sebuah sekolah yang bernama Kongzi Chung Hwa School di Pulau Pinang.[petikan diperlukan] Sekolah ini diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qing ke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Pada masa itu, orang orang Tionghua di Pulau Pinang akan membawa anak-anak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Kongzi sebelum memulakan persekolahan awal mereka.

Di Melaka, sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Kongzi juga didirikan untuk memperingati jasa Kongzi dan para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik. Setiap tahun, istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada Kongzi pada hari jadi Kongzi iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE).