Definisi Coulomb

Sistem SI menentukan coulomb dalam istilah ampere dan saat : 1 C = 1 A x 1 s.[3] Saat didefinisikan sebagai suatu frekuensi yang dipancarkan secara semulajadi oleh atom sesium.[4] Ampere didefinisikan menggunakan hukum daya Ampère;[5] namun sebahagian pentakrifannya bergantung kepada jisim prototaip kilogram antarabangsa iaitu sebuah silinder logam yang ditempatkan di Perancis.[6] Secara praktikalnya, keseimbangan watt digunakan untuk mengukur ampere dengan ketepatan yang paling tinggi.

Memandangkan cas satu elektron diketahui sekitar 1.602 176 6208 (98)x10-19 C, 1 C juga boleh dianggap sebagai cas kira-kira 6.241 509 x 10 ^18 elektron atau +1 C yang merupakan cas positron atau proton yang sebanyak itu, di mana nombor itu adalah angka salingan dari 1.602 177 x 10 ^-19.