Watak Cowa!

  • Paifu - Watak utama, anak kepada pontianak dan koala jadian. Berubah menjadi koala jadian apabila melihat bentuk salib dan pulih apabila melihat bentuk bulat.
  • Jose Rodriguez - Hantu yang juga kawan baik Paifu. Jose boleh terbang dan mampu membuat bentuk yang pelbagai. Apapun, dia sering diarah Paifu untuk melakukan pelbagai perkara. Jose adalah hantu yang penakut dan apabila dia sedang gemuruh, dia akan kentut.
  • Apon - Hantu yang mendakwa dirinya pesaing Paifu ini agak kuat tetapi suka berlagak dan banyak mulut tetapi tidak banyak membantu.
  • Maruyama - Bekas pemain sumo yang dikatakan paling kuat di dunia. Walaupun dia panas baran, dia mempunyai hati yang baik. Sering diejek oleh Paifu dan yang lain sebagai "Makorin" (Harimau tua).