Sejarah Cravity

Pra-debut

Sebelum debut kumpulan, Jungmo, Wonjin, Minhee, dan Hyeongjun telah mengambil bahagian dalam rancangan Produce X 101 pada tahun 2019, mewakili Starship Entertainment, bersama dengan Moon Hyunbin. Pada final, Jungmo dan Wonjin masing-masing berada di kedudukan 13 dan 19 (tanpa mengambil kira kedudukan 'X'), kehilangan keputusan untuk kesebelasan utama pertunjukan.[2] Walau bagaimanapun, Minhee dan Hyeongjun masing-masing berada di kedudukan 10 dan 4 dan menjadikan mereka sebahagian daripada barisan untuk debut sebagai ahli kumpulan X1. Mereka menpromosikan bersama kumpulan tersebut sehingga kumpulan itu dibubarkan pada 6 Januari 2020.[3][4]

2020: Debut

Cravity memulakan debutnya dengan album mini pertama mereka Season 1. Hideout: Remember Who We Are pada 14 April 2020, album mini itu memulakan debutnya dan berada di atas Chart Album Gaon. Album ini dilaporkan telah dihantar lebih dari 100,000 salinan pada bulan April 2020, menjadikannya mereka sebagai best-selling South Korean rookie artist pada tahun 2020, pada bulan Ogos 2020. [5][6]

Cravity masuk dan berada pada Billboard Social 50 Chart di nombor 12. Mereka adalah kumpulan Korea Selatan terpantas kelima yang memasuki Social 50, dan juga menjadi satu-satunya artis rookie Korea Selatan yang mencatat di Billboard Social 50 pada tahun 2020.[7]

Pada 17 Jun 2020, Cravity mengeluarkan video muzik untuk lagu mereka "Cloud 9", lagu yang sebelumnya termasuk dalam album mini debut mereka. Mereka kemudian memulakan promosi untuk lagu ini di rancangan muzik Korea.[8][9][10]

Pada 5 Ogos 2020, Cravity mengumumkan bahawa mereka akan membuat comeback pertama mereka dengan album mini kedua mereka Season 2. Hideout: The New Day We Step Into pada 24 Ogos 2020 dengan single utama "Flame". Album mini ini akan memaparkan lirik yang ditulis oleh ahli Serim dan Allen.[11][12][13]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Cravity http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20200416000... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/albu... http://swingent.co.kr/default/x1/x1_main.php https://www.billboard.com/articles/news/internatio... https://www.billboard.com/articles/news/internatio... https://sports.donga.com/article/all/20200618/1015... https://www.j-14.com/posts/k-pop-group-cravity-spi...