Croatia
Croatia

Croatia

Croatia (bahasa Croatia: Hrvatska), secara rasmi dipanggil Republik Croatia (bahasa Croatia: Republika Hrvatska), ialah sebuah negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah, dan Balkan. Ibu negaranya Zagreb. Croatia berkongsi sempadan daratan dengan Slovenia dan Hungary di utara, Serbia di timur, Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro di selatan, serta sempadan laut dengan Itali di barat. Ia adalah calon untuk NATO.Stjepan Mesić merupakan Presiden Republik Croatia pada tahun 2002 . Beliau pernah datang ke Malaysia selaku ketua negara Croatia pada 18 Februari 2002.Malaysia antara negara terawal yang mengiktiraf Croatia selepas ia mengisytiharkan kemerdekaan daripada bekas Yugoslavia pada 1991.Kerjasama ekonomi , kebudayaan dan sukan antara Malaysia dan Crotia dapat dipertingkatkan.Bidang yang boleh diberi tumpuan ialah pertanian, industri farmaseutikal, sektor pemprosesan dan beberapa industri lain. Setakat ini tidak ada isu politik yang tertangguh antara Malaysia dan Croatia.Malaysia dan Croatia menandatangani perjanjian mengelakkan cukai dua kali di Kuala Lumpur.Croatia merupakan sebuah negara yang muda tetapi mempunyai banyak sejarah dan berminat untuk mencontohi kejayaan Malaysia terutama dalam bidang ekonomi dan kestabilan politik.Malaysia sentiasa menjadi contoh kepada Croatia mengenai bagaimana untuk mencapai kejayaan.Perjanjian Dayton atas tajaan Amerika Syarikat telah ditandatangani pada 21 Nov 1995 bagi menyelesaikan masalah negara Yugoslavia yang retak selepas regim USSR dan Jerman Timur runtuh pada tahun 1989. Sistem komunis / sosialis tidak lagi mendapat tempat di kalangan negara-negara Blok Komunis.