Cukup_umur

Sungguhpun farsa cukup umur biasanya tidak wujud dalam statut perhakiman,[1] apabila digunakan berkaitan dengan aktiviti seksual, cukup usia merupakan usia minima bilamana seseorang dianggap mampu menurut undang--undang untuk bersetuju bagi tindakan seksual. European Union mengelarnya sebagai usia perundangan bagi aktiviti seksual. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan usia majoriti, usia bertanggung jawab jenayah, usia perkahwinan, usia di mana seseorang boleh membeli dan minum minuman keras (beralkohol), atau memandu kereta, atau bagi tujuan lain.Cukup umur berbeza dari segi perundangan dengan perundangan yang lain.[1] Usia berkaitan juga mungkin berbeza menurut jenis hubungan seksual, jantina pelaku, atau kekangan lain seperti salah guna kedudukan amanah ("position of trust"). Sesetengah perundangan juga mungkin memberikan kelonggaran bagi bawah usia melakukan hubungan seksual sesama sendiri, berbanding usia tunggal. Tuduhan akibat melanggar undang-undang ini mungkin dari tahap-rendah salah laku seperti merosakkan bawah usia, hingga rogol statut (yang dianggap sama dengan rogol, kedua-dua dari segi tahap serius dan hukuman). Banyak perhakiman menganggap sebarang aktiviti seksual oleh orang dewasa yang membabitkan kanak-kanak sebagai penderaan seksual kanak-kanak.Terdapat banyak kawasan kekaburan dalam bidang perundangan ini, sesetengahnya berkait dengan legislatif yang tidak dapat dinyatakan dan tidak diuji, yang lain timbul akibat perdebatan berkait dengan perubahan atitud sosial, dan yang lain akibat perselisihan antara undang-undang kebangsaan dan negeri. Kesemua faktor ini menjadikan cukup umur. Kesemua faktor ini menjadikan cukup umur merupakan subjek mengelirukan, dan topik perdebatan yang amat tegang.[1]