Kritikan Cyberjaya

Walaupun bermula dengan konsep yang baik, pengkritik mengatakan bandar Cyberjaya tidak banyak berubah sejak ia mula dibuka pada tahun 1997. Visi asal Cyberjaya untuk menjadi bandar pintar yang moden dan unik dikatakan gagal kerana bandarnya yang masih kelihatan kosong tanpa perancangan yang baik, kereta yang diletakkan bersepah-sepah dan penguatkuasaan yang lemah.[1]

Tun Dr Mahathir menggesa agar memberikan status Penduduk Tetap kepada pekerja asing yang layak selain mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mereka. Orang asing digalakkan tinggal di sini dalam satu persekitaran yang diwujudkan untuk mereka. Antaranya mewujudkan kelab, tempat untuk beristirahat, kawasan sukan, lebih banyak rumah dan berjalan kaki sahaja ke pejabat.[2]