Sejarah D-Crunch

Sebelum pembentukan

D-Crunch telah dibentuk oleh Lee Jong-seok, dan anggota kumpulan muzik itu berlatih bersama untuk satu tahun.[3][4] Nonet hip hop ini pertama kali diumumkan pada 4 Julai 2018. Nama kumpulan muzik tersebut merupakan singkatan bagi 'Diamond-Crunch', menandakan kumpulan itu berupaya memecahkan berlian dengan "persemabahan yang kuat dan unsur muzik yang berkuasa".[3] Pertimbangan lain untuk nama kumpulan itu termasuklah Hip Hop Force dan Hip Hop Gangster (Daya Hip Hop dan Samseng Hip Hop).[5]

Sebelum D-Crunch memulakan penampilan pertama mereka, anggota O.V, Chanyoung, Jeongseung, dan Dylan serta pelatih–pelatih perempuan All-S Company membuat kemunculan sulung melalui unit Geupsik-Dan dengan "Geupsik".[6] Kumpulan muzik tersebut terdiri daripada enam orang penyanyi rap dan tiga penyanyi vokal—anggota yang lain ialah Hyunwook, Hyunho, Hyunoh, Hyunwoo, and Minhyuk[7]—yang diketuai oleh O.V and Hyunwook sebagai ketua–ketua kumpulan.[8]

Pelancaran album

D-Crunch memulakan kegiatan sulung mereka dengan pelancaran album single 0806 dan single utama "Palace" (Istana) pada 8 Ogos 2018.[9] Ia diikuti dengan pelancaran album mini pertama M1112 (4colors) dan single utama "Stealer" (Pencuri) pada 12 November tahun yang sama.[10] Kumpulan muzik ini berjaya memperoleh kategori Anugerah Fokus di Anugerah Artis Asia 2018, empat bulan selepas penampilan pertama mereka.[11]

Rujukan

WikiPedia: D-Crunch http://star.fnnews.com/archives/688123 http://star.fnnews.com/archives/747857 http://tenasia.hankyung.com/archives/1527219 http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=201807160912... http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=201808061549... http://www.jobnjoy.com/portal/1618/news_view.jsp?n... http://www.joynews24.com/view/1140726 http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2018070409... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2018080608... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2018101015...