DEFCON
DEFCON

DEFCON

DEFCON ataupun panggilan rasminya defense readiness condition bermakna keadaan siaga pertahanan adalah satu tahap keadaan siaga Angkatan Tentera Amerika Syarikat.Tahap siaga ini menerangkan tahap kesediaan Angkatan Bersenjata dan digunakan oleh Ketua Turus Bersama (Joint Chiefs of Staff) dan markas-markas tempur khusus dan bersepadu (Unified Combatant Commands).DEFCON disesuaikan dengan tahap ancaman yang dihadapi oleh angkatan bersenjata Amerika Syarikat dengan DEFCON 5 (disebut sebagai DEFCON FIVE) untuk tahap siaga semasa aman dan DEFCON 1 (disebut sebagai DEFCON ONE) untuk menerangkan tahap kesiagaan tertinggi yang wujud sejurus sebelum peperangan meletus tetapi peperangan belum diisytiharkan.