Daerah_Dashti

Daerah Dashti (Bahasa Parsi: شهرستان دشتی‎) merupakan satu dari sembilan daerah dalam Wilayah Bushehr, Iran. Ia memiliki kawasan seluas 5,008 km². Pada bancian 2006, penduduk daerah ini adalah 71,285, dalam 15,465 families.[1] Penduduknya adalah Muslim dan mereka bertutur dalam pelbagai bahasa Persia termasuk Farsi dan Dashti tempatan. Ibukota daerah ini adalah Khormuj. Daerah ini terbahagi pada tiga daerah kecil: Daerah Tengah (wilayah Dashti, Daerah Kaki, dan Daerah Shonbeh dan Tasuj. Daerah ini memiliki tiga bandar: Kaki, Khormuj, dan Shonbeh.Daerah Dashti dikelilingi oleh Teluk Parsi disebelah barat, Daerah Tangestan di utara dan barat, Daerah Dashtestan ke timur laut, Daerah Dayyer dan Daerah Kangan dan ke selatan, Daerah Jam di tenggara, dand Daerah Firuzabad di sebelah timur. Pusat kedudukan geografiknya adalah: Longitud: 51 10 - 52 10 N, Latitud: 28 10 – 28 45 EDaerah Dashti memiliki 25 km persisiran pantai sepanjang Teluk Parsi, dengan cuaca yang kebanyakannya kering atau separa kering. Titik tertinggi daerah ini adalah Gunung Beyrami pada ketinggian 1,950 m. Petroleum, gas asli, kapur dan batu dari kuari dihasilkan secara pesat di daerah ini. Gandum, tomato, jagung, dan bijiran lain ditanam. Terdapat juga industri madu tempatan.