Daerah_Delaram

Daerah Delaram atau Dularam (دلارام) ialah sebuah daerah di dalam Wilayah Nimruz di Afghanistan. Ia mempunyai penduduk dari pelbagai etnik iaitu Pashtun, Baloch dan Tajik.[2] Jumlah penduduknya pada tahun 2017 adalah 6,942 orang.[1] Ibu daerah bagi daerah ini adalah bandar Delaram. Di daerah Delaram, terdapatnya Laluan 606 yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Delaram-Zaranj, iaitu jalan yang menghubungkan daerah Delaram, bandar Zaranj dan sempadan Iran-Afghanistan.[3][4]