Daerah_Seremban
Daerah_Seremban

Daerah_Seremban

Daerah Seremban merupakan salah satu daripada 7 daerah di Negeri Sembilan, Malaysia. Dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan iaitu Bandar Seremban. Daerah Seremban terletak di bahagian barat Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Di dalam daerah ini terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.[1]Berdasarkan Data Penduduk 2010, terdapat 541 286 penduduk di dalam daerah Seremban pada tahun 2010 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.45%. [2]