Daerah Tangkak adalah sebuah
daerah yang baru diwujudkan di negeri
Johor,
Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah
Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah
Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar.
[3]. Daerah Tangkak merangkumi bandar
Tangkak,
Tanjung Agas,
Sungai Mati,
Kesang,
Serom,
Sagil,
Bukit Gambir,
Kundang dan
Kesang.Daerah Tangkak merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada
9 Jun 2008 bersamaan
5 Jamadilakhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor pada ketika itu,
Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar.
[4] Mengikut bancian (2010)
[5] penduduknya berjumlah seramai 136,852 orang. Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di negeri Johor bersempadan dengan negeri
Melaka, dan
Negeri Sembilan. Daerah Tangkak mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang. Lokasi Pejabat Tanah Ledang terletak di Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak,
Johor.Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama sebuah gunung iaitu
Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor
Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang
[6].