Kegunaan Dafnah

Daun dari tumbuhan ini boleh digunakan secara khusus sebagai bahan rempah untuk tujuan menyedapkan masakan tertentu, lagi-lagi masakan dalam budaya Mediterranean[4] baik dalam sup, kaldu atau sebagai bahan perisa makanan salai.[6]Daun ini lazimnya tidak boleh dimakan secara terus; ia sama ada dibuang sebelum dihidangkan atau dibiarkan untuk tujuan hiasan.

Pati dihasilkan dari dedaun tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk tujuan dan aromaterapi.[7]

Dalam kepercayaan

Masyarakat Yunani Purba mengaitkan tumbuhan ini dengan Daphne (Bahasa Yunani: Δάφνη, akar nama Arab tumbuhan ini) iaitu nimfa pembantu dewi bumi Gaia.[8] Dedaun ini sering dikumpulkan dan dirajut untuk menghasilkan perhiasan yang dipakai menandakan status tinggi dalam masyarakat, terutamany dalam kalangan orang kuat seperti pahlawan.[1] Amalan ini turut dibawa ke dalam masyarakat Rom purba yang turut melihat dafnah sebagai simbol kegemilangan.[9] Pokok ini turut dikaitkan dengan sifat-sifat keabadian,[10] kemakmuran dan kesihatan.[11][12]