Pengeluaran Daging_anak_lembu

Anak lembu yang baru lahir diberikan waktu beberapa saat bersama induknya, dalam waktu antara beberapa jam hingga beberapa hari.[4][5] Pada lembu muda yang dibesarkan secara jelajah bebas, anak lembu dibesarkan di sisi induknya dan selalu boleh mencapai susu induknya.

Industri daging lembu muda berkait rapat dengan industri tenusu kerana lembu susu jantan yang baru dilahirkan akan disembelih oleh industri kerana hanya memiliki sedikit kegunaan di dalam perusahaan tenusu.[4][5] Untuk dapat menghasilkan susu, lembu susu harus berada dalam tempoh laktasi, iaitu ketika boleh bunting dan melahirkan anak. Sekitar 50% lembu yang dilahirkan di dalam penternakan lembu susu adalah jantan.[6][7]

Selain itu, industri pemeliharaan lembu muda juga berikat rapat dengan industri susu kerana produk samping pemprosesan susu seperti dadih susu dijadikan pakan konsentrat bagi lembu muda. Dadih susu merupakan sumber protein dan laktosa yang baik. Sebahagian besar pakan lembu muda adalah susu dan hasil tenusu.[5] Susu skim, kasein, dan produk samping lainnya juga digunakan sebagai campuran pakan.

Biji-bijian mulai diberikan ke lembu muda yang berusia enam minggu ke atas yang lalu menjadi pakan utama hingga disembelih.[7]

Lembu muda yang dibesarkan secara ternak lepas memakan berbagai jenis makanan semula jadi, iaitu air susu induknya, rumput, dan air tawar. Lembut muda yang dibesarkan dengan cara ini juga tidak diberikan sebarang antibiotik dan ubat-ubatan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Daging_anak_lembu http://www.humanefood.ca/vealcalves.html http://www.ontarioveal.on.ca/all_about_veal/housin... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/371756/m... http://www.vealfarm.com/faq.aspx http://web.archive.org/web/20070529064739/http://w... http://web.archive.org/web/20071012074555/http://w... http://www.hsus.org/farm/resources/research/welfar... http://www.ofac.org/issues/resources_veal.php http://www.bbc.co.uk/food/food_matters/veal.shtml http://www.independent.co.uk/living/food_and_drink...