Dalit

Dalit atau Paria dalam sistem kasta] di India merujuk kepada seseorang yang biasanya diharamkan untuk disentuh, (untouchable), merupakan orang yang tidak memiliki varna. Varna merujuk kepada keyakinan Hindu bahawa manusia pada umumnya diciptakan daripada bahagian-bahagian tubuh yang berbeza-beza daripada dewa Purusha. Kedudukan sosial mereka ditentukan dari bahagian-bahagian tubuh manakah mereka diciptakan, tamsilnya dengan siapa mereka dapat bernikah dan pekerjaan apa yang dapat mereka lakukan.[1]. Kaum Dalit berada di luar sistem varna dan secara sejarahnya telah dilarang untuk melakukan pekerjaan apapun kecuali pekerjaan-pekerjaan yang paling rendah.[1]Mereka juga dikenal sebagai kaum tidak berkasta. Di antaranya termasuk para penyamak kulit (disebut chamar), petani-petani miskin dan para buruh yang tidak bertanah, pemungut sampah (disebut bhangi atau chura), para pekerja kerajinan di jalan-jalan, seniman-seniman rakyat, pencuci pakaian dhobi, dan lain-lain.