Peralatan Damak

Papan (dartboard)

Sebelum zaman Perang Dunia Pertama, papan damak dihasilkan daripada bongkah kayu, biasanya daripada jenis elm.[3][4] Papan sebegini dirawat semalaman selepas bermain agar permukaan dapat dipulihkan lalu dapat digunakan semula pada keesokan harinya; kerja ini sangat rumit dilakukan. Kini papan damak lebih diperbuat daripada gentian sisal, gabus atau gulungan kertas tebal.

Papan jenis elektronik mula dikembangkan pada tahun 1970-an dengan pemasangan kepada komputer; data damak yang dibaling dilalukan daripada kepingan besi yang mengesan hentaman damak (berhujung plastik) pada papapn tersebut.

Anak damak

Anak damak dahulunya diperbuat sepenuhnya daripada kayu dengan kepingan plumbum sebagai pemberat dan dilekatkan ram bulu pelepah, alatan sedemikian biasanya diimport dari Perancis.[5] Bahan buatannya lama-kelamaan beralih kepada loyang[5] dan seterusnya plastik, di mana ram dan batang anam damak cenderung dihasilkan berasingan sebelum dipasang bersama.[6]