Dambe
Dambe

Dambe

Dambe adalah seni mempertahankan diri dalam kalangan orang Hausa di Nigeria[1] tapi juga ada di selatan Niger dan barat daya Chad.[2] Ia melibatkan aksi bertinju kuat diiringi upacara adat khas di mana perlawanan ditandingkan bertujuan mengalahkan satu sama lain sebanyak tiga pusingan sehingga mampu mengakibatkan kecederaan serius seperti rahang dan tulang rusuk yang patah.Sukan ini dahulunya didominasi oleh kumpulan tukang daging dan nelayan[1] daripada suatu bentuk hiburan dilakukan setiap musim menuai malah juga secara tradisional dipraktikkan sebagai melatih lelaki untuk bersiap sedia untuk berperang. Sukan ini mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Belia dan Sukan Persekutuan Nigeria di mana adanya perancangan pada bulan Disember 2019 untuk mewujudkan suatu liga kebangsaan serta pelaksanaan kerjasama dengan Dambe Sport Association untuk membentuk sebuah persekutuan mengatur pertandingan dan kejohanan di dalam dan luar Nigeria.[3][4]