Dame_Anna_Wintour

Dame Anna Wintour DBE (/ˈwɪntər/; lahir 3 November 1949[1]) ialah seorang wartawan dan penyunting British-Amerika[2][3] yang merupakan ketua pengarang Vogue sejak 1988 dan pengarah artistik Condé Nast, penerbit Vogue, sejak 2013. Dengan potongan rambut dan cermin mata hitam yang menjadi cap dagangannya, Wintour telah menjadi tokoh penting di dunia fesyen yang banyak memujinya untuk trend fesyen dan sokongannya kepada pereka muda, yang memperolehinya gelaran "Nuclear Wintour".Bapanya, Charles Wintour, penyunting London Evening Standard (1959-1976), mengajarnya mengenai cara menjadikan akhbar itu relevan dengan belia zaman itu. Beliau tertarik dengan fesyen semasa usia remaja. Kerjaya beliau dalam kewartawanan fesyen bermula pada dua majalah British. Kemudian, beliau berpindah ke Amerika Syarikat, dengan berkhidmat di New York dan House & Garden. Beliau kembali ke London dan menjadi penyunting British Vogue di antara 1985 dan 1987. Setahun kemudian, beliau mengambil alih kawalan majalah francais di New York, menghidupkan semula apa yang dilihat ramai sebagai penerbitan yang tidak berubah. Penggunaan majalahnya untuk membentuk industri fesyen telah menjadi topik perdebatan di dalamnya. Aktivis hak asasi manusia telah menyerangnya untuk mempromosikan bulu, sementara pengkritik lain telah membidasnya kerana menggunakan majalah untuk mempromosikan pandangan elit tentang kewanitaan dan kecantikan.Bekas pembantu peribadi, Lauren Weisberger, menulis roman à clef 2003 The Devil Wears Prada, kemudian dijadikan sebagai filem 2006 paling berjaya lakonan Meryl Streep sebagai Miranda Priestly, seorang penyunting fesyen, dipercayai mempunyai kaitan dengan Wintour. In 2009, beliau merupakan fokus kepada filem dokumentari R. J. Cutler The September Issue.

Dame_Anna_Wintour

Pekerjaan Penyunting majalah, wartawan fesyen
Kerakyatan United Kingdom
Amerika Syarikat
Ahli lembaga Institut Keseian Metropolitan
Ibu bapa Charles Wintour
Eleanor Trego Baker
Pasangan David Shaffer (k. 1984; c. 1999)Shelby Bryan (k. 2004)
Anak 2
Tahun aktif 1975–kini
Majikan Conde Nast Publications
Terkenal kerana Ketua Pengarang, US Vogue
Pengarah Artistik, Conde Nast
Warganegara British, Amerika
Pendidikan North London Collegiate School
Gaji $2 juta (dilaporkan)
Saudara Patrick Wintour (adik)
Kelahiran (1949-11-03) 3 November 1949 (umur 70)
Hampstead, London, England
Kredit yang dikenali Pembantu editorial, Harpers & Queen, Harper's Bazaar; fashion editor, Viva, Savvy, New York; pengarah kreatif, U.S. Vogue; ketua pengarang, British Vogue dan House & Garden
Pendahulu Grace Mirabella