Kerjaya Daninas_Huza_Daud

1989 - 1992

Memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 10 tahun. Drama pertamanya adalah Alahai Anak Omak pada tahun 1989[2].

1994 - 1996

Bekerjasama dengan ibu saudaranya, Mastura Ali menghasilkan dua album, Ceneke (1994) dan Apo Salah Eh (1995)

1996 - 2016

Selepas tamat tingkatan 5, Daninas terus aktif sebagai pemuzik. Beliau membuat persembahan di kelab, hotel dan pelbagai acara di seluruh Malaysia dan telah bersama membuat persembahan bersama lebih 50 band muzik[3]

2016 - sekarang

Danias mahu mencipta lagu untuk kumpulan Spoon lalu menubuhkan syarikat rakaman Tunable Record Sdn Bhd. Namun pelbagai masalah timbul terutama isu penyanyi menyebabkan Daninas terpaksa menjadi bidan terjun. Susunan muzik asalnya untuk kesesuaian Azlong, adik kepada Along dan susunan tersebut tidak sesuai dengan key suara Daninas menyebabkan nyanyian Daninas kedengaran pelik. Akibatnya Daninas dikritik hebat oleh peminat Spoon. Daninas membuat keputusan untuk keluar daripada Spoon dan menubuhkan kumpulan baru bernama Tunable Band bersama dengan dua bekas anggota kumpulan Spoon, Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani, 37, (gitaris) dan Mohd Shahnaz Shaharudin, 37, (dram). Daninas berpendapat Spoon adalah satu nama besar dan mempunyai peminat yang sangat fanatik.

Pada tahun 2020, Daninas telah menyertai program realiti Gegar Vaganza.

Senarai Album

  1. Anak Jalanan - 1992
  2. Cepat-cepat - 1993
  3. Ceneke {bersama Mastura Ali) - 1994
  4. Apo Salah Eh {bersama Mastura Ali) - 1995
  5. Kerangka - 1996