Kerjaya Dardanella

Iklan untuk tayangan Dr Samsi; ia menjadi sandiwara Dardanella paling popular.

Dardanella diasaskan oleh Willy A. Piedro (lahir Willy Klimanoff), seorang pelakon kelahiran Pulau Pinang dari keturunan Rusia. Isterinya yang berketurunan asli, Dewi Dja' (juga dieja Devi), menyertainya sebagi pelakon; satu lagi ahli awal ialah Tan Tjeng Bok, penyanyi keroncong dari keturunan Cina yang terkenal kerana kerja pedangnya, Ferry Kock, dan Astaman;[3][4] kebanyakkan pelakon ini juga telah bersama rombongan lain sebelum ini.[5] Rombongan itu membuat persembahan pertama mereka pada 21 Jun 1926 di Sidoarjo, Jawa Timur.[3] Mereka telah diiklankan sebagai toneel untuk menunjukkan kesetiaan mereka terhadap tradisi pentas Eropah.[2]

Pada awalnya karya rombongan itu ditulis oleh Piedro. Beliau menggunapakai penerbitan Hollywood untuk bebrapa pentas, termasuk The Mark of Zorro (1920), [The Three Musketeers (1921), The Thief of Bagdad (1924), dan Don Q, Son of Zorro (1925). Adaptasi ini umumnya dibintagi oleh Tan Tjeng Bok, yang diberi jolokan "Douglas Fairbanks Jawa" untuk hasil karyanya.[4] Piedro juga menulis sandiwara pentasnya sendiri berdasarkan kehidupan seharian di Hindia Belanda (kebanyakkanya di Jawa), seperti Roos van Serang, Fatima, dan North of Borneo.[4]

Kumpulan ini menarik perhatian pengkritik filem dan pengarah Andjar Asmara pada November 1930; beliau meninggalkan penerbitannya di Doenia Film untuk menyertainya kerana beliau percaya rombongan itu dedikasikan kepada kebijakan toneel sebagai satu bentuk seni dan tidak hanya dimotivasikan oleh dasar kewangan seperti rombongan stambul terawal.[6] Isteri Andjar, iaitu Ratna juga menyertai Dardanella.[3] Beliau telah menulis sandiwara pentas untuk rombongan itu, beberapa kali, umumnya berdepan dengan pelbagai topik serius dan matang dari Piedro; kesemuanya berada dalam bahagian disasarkan kepada populasi asli intelektualisme.[6]

Dardanella telah kehilangan popularitinya pada 1930an.[7] Pada 1936 Dardanella pergi ke India untuk merakamkan adaptasi filem Andjar bertajuk Dr Samsi, yang mengisahkan seorang doktor yang diugut selepas orang Indo tidak bertanggungjawab mendapati dia mempunyai anak luar nikah..[8][9] Perancangan ini tidak mendatangkan hasil, dan selepas itu, Piedro, Dja', dan beberapa yang lain berhijrah ke Amerika Syarikat melalui Mesir dan Eropah, tidak lama lagi dibubarkan.[3][10] Sementara itu, Andjar dan Ratna Asmara kembali ke Hindia Belanda, menubuhkan kumpulan rombongan mereka sendiri sebagi Bollero bersama Bachtiar Effendi, yang telah menyertai Dardanella sebelum pembubarannya.[3][11]

Pada 1940an beberapa bekas pelakon dan kakitangan Dardanella menyertai industri perfileman, termasuk Andjar dan Ratna Asmara,[11] dan juga Ferry Kock dan isterinya Dewi Mada.[12] Bebrapa sandiwara pentas digunakan oleh rombongan itu juga diadaptasikan ke filem, termasuk Rentjong Atjeh (1940),[13] dan Gadis Desa (1949).[14]

Rujukan

WikiPedia: Dardanella http://books.google.ca/books?id=-fbw-06ovVIC http://nasional.kompas.com/read/2008/11/01/0051127... http://www.jakarta.go.id/english/encyclopedia/deta... http://www.jakarta.go.id/jakv1/encyclopedia/detail... //doi.org/10.1017%2Fs0266464x03000125 http://www.webcitation.org/69jK75pUT?url=http://ww... http://www.webcitation.org/6AOAFOi58?url=http://di... http://www.webcitation.org/6AQSv0XZ0?url=http://ww... http://www.webcitation.org/6ARPBi9XV?url=http://na... //www.worldcat.org/issn/0266-464X