Dari_Jiwa_Yang_Tenang_(album)
Dari_Jiwa_Yang_Tenang_(album)

Dari_Jiwa_Yang_Tenang_(album)

Dari Jiwa Yang Tenang merupakan album studio oleh Sanisah Huri yang dikeluarkan pada tahun 1979. Album ini juga merupakan album studio terakhir daripada beliau. Selain itu, album ini juga merupakan satu-satunya album beliau yang dikeluarkan di bawah syarikat WEA Records Sdn. Bhd. selain daripada album Dendang Perantau. Kassim Masdor telah bertindak sebagai penerbit bagi album ini seperti yang sebelumnya. Terdapat pelbagai barisan komposer serta penulis lirik yang ternama dalam pembikinan album ini seperti Yusnor Ef dan Haron Abdul Majid.