Sejarah Darjah_Kerabat_Diraja_Hohenzollern

Darjah Kerabat Hohenzollern telah dizahirkan pada 5 Disember 1841 oleh dekri bersama Putera Konstantin Hohenzollern-Hechingen dan Putera Karl Anton Hohenzollern-Sigmaringen. Kedua-dua kerajaan kecil di selatan Jerman ini merupakan keturunan sesisi Kerabat Katolik Hohenzollern, sepupu kepada kerabat Protestan Prusia. Pada 23 Ogos 1851, selepas dua kerajaan kecil ini telah diilhak oleh Prusia, darjah tersebut telah diguna pakai oleh cabang kerabat Prusia. Darjah ini juga berkait rapat dengan kerabat diraja Romania kerana anak Putera Karl Anton iaitu Karl Eitel Friedrich telah menjadi Raja Romania dengan gelaran Carol I, kemudian disambung oleh anak buahnya Ferdinand I, cucu saudaranya Carol II dan yang terakhir cicit saudaranya Michael I.