Darjah_Kerabat_Johor_Yang_Amat_Dihormati_Pangkat_Pertama

Darjah Kerabat Pangkat Pertama DK (I) mengandungi seutas kalung (collar) diperbuat daripada emas dan enamel berbentuk rantai yang berukir nama “Abu Bakar” dalam tulisan Jawi, dengan panji-panji Sultan di sebelah kanan dan Bendera Kerajaan (lambang kerajaan negeri) di sebelah kiri. Di atasnya merupakan Mahkota Kerajaan dan di bawahnya ditulis cogan kata tulisan jawi “Muafakat itu Berkat”. Sebiji bintang besar (breast badge) diperbuat daripada emas dan perak berbentuk bintang sembilan pecahan dengan diameter berukuran 90 mm, di tengahnya bulan sabit dengan tulisan Jawi “Kepada Allah Berserah”, di atasnya sebilah pedang bersilang dengan keris menjungjung mahkota, dan di kelilingi oleh enamel merah bertulis dalam huruf Jawi “Muafakat itu Berkat”.Selain itu, sebuah bintang kecil (sash badge) berukuran 56 mm diameter sembilan pecahan beserta kain pita warna kuning emas dengan lebar 50 mm, dan kain selempang warna kuning emas dengan lebar 86 mm melengkapi darjah ini.[1]

Darjah_Kerabat_Johor_Yang_Amat_Dihormati_Pangkat_Pertama

Status Masih dikurniakan
Diasaskan 31 Julai 1886
Sultan Sultan Ibrahim Ismail
Singkatan darjah DK (I)
Pelantikan pertama 31 Julai 1886
Pengasas Sultan Abu Bakar
Lebih rendah Darjah Kerabat Johor Pangkat Pertama
Gred Darjah Kerabat Johor Pangkat Pertama
Cogan kata Muafakat Itu Berkat
Lebih tinggi Tiada
Pelantikan terakhir 23 Mac 2021
Jenis Darjah Kebesaran

Rujukan

WikiPedia: Darjah_Kerabat_Johor_Yang_Amat_Dihormati_Pangkat_Pertama http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prom... //www.worldcat.org/oclc/53258619 https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1878177 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03... https://www.sinarharian.com.my/article/15124/BERIT... https://www.thestar.com.my/news/community/2009/04/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2004/04/08/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2007/04/17/... https://www.istiadat.gov.my/darjah-kebesaran-neger...