Menu
Darjah_Khazanah_Suci LambangLambang darjah itu menggabungkan simbol tiga harta diraja: iaitu Cermin Yata, sangat suci hinggakan Maharaja pun tidak boleh melihatnya; Batu Permata Yasakani, yang diperbuat daripada batu jed terbaik; dan pedang peribadi Maharaja.
Bintang bagi Grand Cordon dan Kelas Kedua serupa dengan lencana seperti yang dinyatakan diatas, tetapi dilengkapkan dengan dua set salib Malta, satu disadur emas dan satu, disadur perak, diletakkan secara pepenjuru. Ia dipakai pada kiri dada dengan Grand Cordon, pada kanan dada (tanpa insignia lain) dengan kelas 2.
Lencana untuk yang pertama melalui keenam-enam kelas Salib Malta, disadur emas (kelas 1-4), disadur emas dan perak (kelas 5) dan perak (kelas 6), berserta pancaran-pancaran enamel putih (mewakili pedang). Disk tengah berwarna biru, mengandungi bintang perak pecah lapan (mewakili cermin), dikelilingi oleh kalungan bunga berserta titik-titik berenamel merah (mewakili batu permata). Lencana ini berpaut pada reben biru muda dengan satu jalur emas pada bahagian tepi, dipakai sebagai selepang pada kanan bahu di samping Grand Cordon, sebagai kalung leher untuk lelaki oleh kelas 2 dan 3, pada kiri dada (reben dilipat menjadi tiga segi) oleh kelas 4 hingga 6 (berserta sebuah roset bagi kelas 4). Bagi kelas 2 hingga 6 untuk wanita, reben berbentuk bow (tali leher kupu-kupu) yang dipakai pada kiri bahu (berserta sebuah roset bagi kelas 4).
Sehingga tahun 2003, apabila ia dimansuhkan, lencana bagi kelas tujuh dan lapan adalah satu bintang perak berbentuk pecah lapan, sebahagiannya disadur emas bagi kelas 7, yang mewakili hanya cermin dan batu permata. Lencana ini berpaut pada reben putih berserta satu jalur emas dibahagian tepi, dipakai oleh lelaki pada kiri dada (reben dilipat menjadi tiga segi). Bagi wanita, reben berbentuk bow dipakai pada kiri bahu.
Sehingga tahun 2003, reben darjah tersebut berwarna putih berserta dua jalur emas dibahagian tepi; sejak itu reben berwarna biru muda, tetapi mengekalkan dua jalur emas dibahagian tepi. Reben bagi Kelas Keempat dan keatas menggabungkan sebuah roset biru-dan-emas (perak sehingga tahun 2003), berserta sebuah bar emas tulen bagi Cordon, sebuah bar emas dan perak bagi Kelas Kedua, sebuah bar perak tulen bagi Kelas Ketiga dan hanya roset bagi Kelas Keempat. Reben bagi Kelas Kelima dan Keenam mempunyai disk biru (perak sehingga tahun 2003) berserta pancaran-pancaran emas yang keluar dari bahagian tengahnya, lapan pancaran bagi Kelas Kelima dan enam pancaran bagi Kelas Keenam. Dahulunya, reben bagi Kelas Ketujuh dan Kelapan mempunyai disk tengah perak berserta pancaran-pancaran emas yang keluar dari bahagian tengahnya, empat pancaran bagi Kelas Ketujuh dan tiga pancaran bagi Kelas Kelapan.
Menu
Darjah_Khazanah_Suci LambangBerkaitan
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Darjah kecerdasan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Darjah Khas Agama Johor Darjah kebesaran Melayu Darjah kebesaran, bintang dan pingat Brunei Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah Darjah kebesaran negeri Sarawak Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota SelangorRujukan
WikiPedia: Darjah_Khazanah_Suci http://books.google.com/books?id=MlEDAAAAYAAJ&dq=i... http://www8.cao.go.jp/shokun/shurui-juyotaisho-kun... http://www.mint.go.jp/eng/operations/order/medalso... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Order_...