Darjah_Seri_Setia_Tuanku_Muhriz_Yang_Amat_Terbilang

Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (S.S.T.M) ialah darjah pangkat pertama dalam kurniaan Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz. Bagi penerima darjah kebesaran ini akan digelar sebagai Dato' Seri, manakala bagi isteri penerima akan digelar Datin Seri. Tiada gelaran bagi suami penerima gelaran ini. Darjah kebesaran ini mula diperkenalkan pada 2010 selepas pertabalan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.[1]Darjah ini dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah berbakti kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Negeri Sembilan. Pengurniaan ini terbuka khasnya kepada semua rakyat Negeri Sembilan dan amnya kepada rakyat negeri-negeridi Malaysia serta juga warganegara asing.