Darjah_Sri_Sultan_Ahmad_Shah_Pahang

Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang[1] yang membawa gelaran Dato’ adalah dicadangkan bagi kurniaan terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A, B dan C ke atas atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya. Bintang Darjah Kebesaran ini hendaklah serupa dengan Bintang Darjah Kebesaran Peringkat Pertama, tetapi enamelnya berwarna biru muda.