Dasar_Islam_di_Kelantan_1990-2010

Dasar Islam di Kelantan 1990-2010 dilaksanakan mulai 1990 . PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada UMNO selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1990. Kemenangan PAS itu berikutan perpecahan UMNO 1987 dan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46 dan bergabung dengan PAS membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Kemenangan ini membolehkan PAS membuktikan kepimpinan ulama boleh berkuasa dan memerintah dan melaksanakan tuntutan syariah Islamiah di Kelantan , mengikut kemampuan. Terdapat beberapa pemisahan kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan Malaysia.