Perkembangan Dasar_Wasatiyyah_Negara

Kit Wasatiyyah

Mohd Najib telah melancarkan ‘Kit Wasatiyyah’ bagi mempromosikan pendekatan sederhana agama dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Kit itu adalah bahan promosi utama untuk merakyatkan pendekatan wasatiyyah dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengandungi lima buku iaitu buku Dasar Wasatiyyah Negara; Pendekatan Wasatiyyah dan Pelaksanaannya di Malaysia iaitu koleksi enam ucapan eksklusif Perdana Menteri berkaitan konsep berkenaan dan Pendekatan Wasatiyyah: Definasi, Konsep dan Pelaksanaan hasil tulisan Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia, Tan Sri Dr. Abdullah bin Md. Zin. Sementara buku lainnya ialah Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan Pengalaman Malaysia dan Penghayatan Wasatiyyah dalam Pentadbiran Malaysia[4].

Institut Wasatiyyah Malaysia

Sebuah institut telah dilantik sebagai agensi penyelaras melaksanakan pendekatan wasatiyyah, iaitu Institut Wasatiyyah Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2012 di peringkat awal konsep wasatiyyah digagaskan sebelum menjadi dasar rasmi negara.

Penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) telah diumumkan penubuhannya di Kuala Lumpur pada Februari 2017 dan telah memulakan operasinya pada 30 Mei 2017. Pusat ini diilhamkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud berperanan untuk menangkis pengaruh pelampau dan pengganas serta mempromosi keamanan[5] sejagat. Ia adalah respon Kerajaan Arab Saudi terhadap Dasar Wasatiyyah Negara yang diperkenalkan Malaysia[6].

Pusat ini telah dihentikan operasi setelah Pakatan Harapan mentadbir Malaysia pada 2018[7].