Dassault_Ouragan
Dassault_Ouragan

Dassault_Ouragan

Dassault M.D.450 Ouragan (Bahasa Melayu:Hurikan) merupakan sebuah jet pejuang-pengebom Perancis pada tahun 1940-an. Pesawat ini merupakan jet pejuang rekaan pertama Perancis yang mula dikeluarkan. Selain Perancis, Ouragan juga digunakan oleh Israel, India dan El Salvador. Pesawar Ouragan milik Tentera Udara Israel telah terlibat dalam Krisis Terusan Suez dan Perang Enam Hari. Meskipun memiliki teknologi yang biasa, Ouragan telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan semula industri penerbangan Perancis selepas Perang Dunia II.