Data_dan_maklumat_geografi

Data dan maklumat geografi (juga dikenali sebagai, geodata, geo-rujuk, geomaklumat dan geospatial) ditakrifkan dalam siri piawaian ISO/TC 211 ialah sebagai data dan maklumat yang mempunyai perkaitan tersirat atau eksplisit dengan lokasi relatif kepada Bumi (lokasi geografi atau sistem koordinat geografi).[1] Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Malaysia (KETSA) mentafsirkan data geospatial sebagai maklumat kedudukan geografi yang jelas seperti jalan raya atau perimejan satelit yang mungkin termasuk dalam atribut yang menerangkan ciri-cri dalam dataset. Manakala, maklumat geospatial pula bermaskud maklumat yang menerangkan lokasi dan nama ciri-ciri di bawah, di atas atau di atas permukaan bumi.[2]Sistem maklumat geografi (GIS) berfungsi sebagai menyimpan, memeriksa, merakam dan memaparkan data dalam data dan maklumat geografi.[2] Data dan maklumat geografi boleh disimpan dalam bentuk fail vektor, fail raster, pangkalan data geografi, fail web dan data berbilang masa.[2][3]