Dato' Shahbandar Sungai Ujong
Dato' Shahbandar Sungai Ujong

Dato' Shahbandar Sungai Ujong

Dato' Shahbandar Sungai Ujong merupakan jawatan dan gelaran pembesar adat yang terdapat di Negeri Sembilan. Ia diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato’ Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato’ Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Dato' Shahbandar juga pada awalnya dikenali sebagai Dato' Bandar[1].Datuk Shahbandar Sungai Ujong kini disandang oleh Yang Amat Mulia Dato' Seri Utama Haji Badarudin bin Haji Abdul Khalid[2].