Pentadbiran Datuk_Bandar_Kuala_Lumpur

Mengikut peruntukan seksyen 4 (2), Pelantikan Datuk Bandar, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. Datuk Bandar yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong boleh mentadbir ibu kota Kuala Lumpur selama tempoh 5 tahun. Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa untuk memecat mana-mana orang yang memegang gelaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar juga mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada Datuk Bandar (Seksyen 13 (1) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960). Menurut seksyen 12 akta yang sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur boleh menjalankan segala kuasa yang dipertanggongjawabkan kepada anggota dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ibu pejabat DBKL kini terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur.

TempohNama Datuk BandarLahir - MatiParti politik
1 Feb 1972 - 15 Mei 1972Datuk Lokman bin Yusof1910 - 1972Tidak berparti
Jul 1972 - 1 Feb 1984Tan Sri Yaacob bin Abdul Latiff1918Tidak berparti
1 Feb 1984 - 17 Nov 1992Tan Sri Datuk Seri Elyas bin Omar1936 - 2018Tidak berparti
17 Nov 1992 - 14 Dec 1995Datuk Mazlan bin Ahmad1943Tidak berparti
14 Dec 1995 - 14 Dec 2001Tan Sri Datuk Kamaruzzaman Shariff1941Tidak berparti
14 Dec 2001 - 14 Dec 2004Datuk Mohmad Shaid Mohd TaufekL1947Tidak berparti
14 Dec 2004 - 14 Dec 2006Datuk Ruslin Hasan1950Tidak berparti
14 Dec 2006 - 14 Dec 2008Datuk Abdul Hakim Borhan1951Tidak berparti
14 Dec 2008 - 15 Julai 2012Tan Sri Ahmad Fuad Ismail1953Tidak berparti
18 Julai 2012 - 17 Julai 2015Tan Sri Ahmad Phesal Talib1959Tidak berparti
18 Julai 2015 - 2 Oktober 2018Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz1955Tidak berparti
2 Oktober 2018 - kiniDato' Nor Hisham Ahmad Dahlan1959Tidak berparti

Sejak pilihan raya kerajaan tempatan di Malaysia telah digantung sejak tahun 1970, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan.[1]