Datuk_Bandar_Seberang_Perai

Datuk Bandar Seberang Perai merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Seberang Perai, iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai selepas penaiktarafan status Seberang Perai daripada bandar kepada bandar raya pada 16 September 2019[1].Penyandang Datuk Bandar Seberang Perai ialah Dato' Sr. Haji Rozali Haji Mohamud yang menjadi Datuk Bandar pertama[1][2].