Datuk_Bandar_Seremban

Datuk Bandar Seremban merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Negeri Sembilan. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Seremban, iaitu Majlis Bandaraya Seremban. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban selepas penaiktarafan status Seremban sebagai bandar kepada bandar raya.Penyandang Datuk Bandar Seremban ialah Datuk Zazali Salehudin yang merupakan datuk bandar pertama bagi Seremban. Beliau mula berkhidmat sejak 2 Januari 2020[1].