David Guetta
David Guetta

David Guetta

Pierre David Guetta (sebutan bahasa Perancis: [david geta]; lahir 7 November 1967), lebih dikenali sebagai David Guetta sahaja ialah seorang pengacara lagu (DJ), penulis lagu, penerbit rakaman dan pengadun semula Perancis dari Paris. Beliau merupakan antara DJ terawal yang merakamkan genre muzik tarian elektronik (EDM) dan beliau dikenali sebagai 'datuk bagi EDM'.[3] Pada 2011, beliau telah dipilih sebagai DJ nombor satu dalam undian 100 DJ Teratas DJ Mag.[4]Beliau melancarkan album pertama beliau Just a Little More Love pada tahun 2002, dan kemudiannya diikuti dengan album Guetta Blaster (2004) dan Pop Life (2007). Guetta memperoleh kejayaan arus perdana dengan album tahun 2009 beliau, One Love yang mengandungi single hit seperti "When Love Takes Over", "Gettin' Over You", "Sexy Bitch" dan "Memories". Tiga lagu pertama pernah mendapat kedudukan pertama di United Kingdom. Album Guetta yang seterusnya, Nothing but the Beat (2011) meneruskan kejayaan tersebut, melalui single hit "Where Them Girls At", "Little Bad Girl", "Without You", "Titanium" dan "Turn Me On".

David Guetta

Pekerjaan
Nama lahir Pierre David Guetta[1]
Pasangan Catherine "Cathy" Lobé[2] (k. 1992; c. 2014)
Pengkarya berkait
Instrumen
Syarikat rakaman
Laman sesawang davidguetta.com
Keluarga 2 (anak)
Kelahiran (1967-11-07) 7 November 1967 (umur 53)
Paris, Perancis
Genre
Tahun aktif 1984–aktif