David Lekuta Rudisha
David Lekuta Rudisha

David Lekuta Rudisha

David Lekuta Rudisha (lahir 17 Disember 1988) ialah seorang pelari jarak sederhana Kenya dan pemegang rekod dunia dalam acara 800 meter dengan masa 1:41.09.Rudisha memegang rekod dunia untuk lari 800 m selepas memecahkan rekod lama di kejohanan IAAF World Challenge ISTAF di Berlin pada 22 Ogos 2010, dengan catatan masa 1:41.09.[1] Rekod sebelumnya, dipegang oleh pelari Denmark kelahiran Kenya Wilson Kipketer, telah kekal sejak 1997; Rudisha memecahkannya dengan 0.02 saat.[2] Rudisha mendakwa ia merupakan "cubaan sebenar pertamanya" memecahkan rekod tersebut, dan dia mampu memperbaiki masanya.[3]